SWA’s UMT members first discussion

SWA’s UMT members first discussion

Pada 27 Jun 2018, jam 9 malam, ahli swa umt telah berkumpul buat pertama kalinya bagi membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di Kampung Vietnam, Bidong. UMT mempunyai ahli swa seramai 9 orang dan jumlah tersebut telah dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil iaitu kumpulan pengurusan dan kumpulan penajaan. Di Bidong nanti, projek yang akan dijalankan adalah, membuat lampu solar (solar lamp) bagi memberi cahaya atau kemudahan kepada para penduduk di kampung tersebut. Projek ini merupakan projek rintis kepada peserta SWA, dan sekiranya projek yang sebenar akan diteruskan di Johor kelak. Seterusnya, bagi kumpulan pengurusan, mereka telah dibahagikan kepada 4 orang ahli, dan setiap daripada mereka ditugaskan untuk tugasan-tugasan tertentu, antaranya, membeli barangan makanan, simen, mencari botol untuk digunakan dalam pembuatan lampu solar, mencari batu yang sesuai untuk digunakan dalam pembancuhan simen nanti, menguruskan hal yang berkaitan dengan pengangkutan, menolong team penajaan dalam mencari dana adan banyak lagi. Manakala, bagi kumpulan penajaan, mereka terbahagi kepada 5 ahli dan antara aktiviti yang mereka jalankan adalah, mencari dana di setiap fakulti di UMT, mencari dana di pasar payang, kedai-kedai kecil, syarikat-syarikat, membuat jualan, membeli batang paip dan seantaranya. Setiap kumpulan memberikan tumpuan yang padu dan teliti dalam setiap tugas yang diberikan. Di samping itu, projek ini merupakan projek kerjasama di mana ahli SWA UMT seramai 9 orang akan bekerjasama dgn ahli swa dari UTHM seramai 4 orang. Keseluruhannya, projek SWA untuk Bidong Street Light Silar Lamp mempunyai ahli seramai 13 orang.
Number of participants
9
Service hours
18
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share