Program Kesedaran Keselamatan Aktiviti Air
Program anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang. Majlis Pelancaran Program Kesedaran Keselamatan Aktiviti Air Peringkat JBPM Pulau Pinang telah disempurnakan oleh YBhg Khoh Joo Bee, Timbalan Setiausaha (Dasar dan Inspektorat) KPKT di perkarangan RnR Bagan Ajam, Pulau Pinang. Turut hadir YS Dato' Rusmani bin Muhamad, PKP Bhgn Keselamatan Kebakaran JBPM, YS PKPjB Saadon bin Moktar, Pengarah JBPM Pulau Pinang serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di Pulau Pinang.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah asas berenang, tanda-tanda keselamatan di air, cara penyelamatan mangsa lemas, rawatan awal dan CPR, pameran agensi, pertandingan mewarna serta demonstrasi penyelamatan di air.
Dihadiri oleh semua murid sekolah rendah menengah dan sekolah tahfiz sekitar Pulau Pinang.