Program Jelajah Ramadhan Mengacau Bubur Lambuk
Pada 19 May 2019 yang lalu bersamaan hari Ahad, telah berlangsungnya Program Jelajah Ramadhan Mengacau Bubur Lambuk di Masjid Al Ikhlas, Taman Desa Idaman 81400 Senai, Johor. Seramai 10 orang belia wanita, 10 orang belia lelaki, 10 pembantu lelaki dan 10 orang pembantu wanita, serta bantuan daripada penduduk Taman Desa Idaman.
Antara aktiviti yang dilakukan semasa program dijalankan adalah seperti
1. Memotong Bahan2 Asas Makanan
2. Menampal Sticker Pelekat
3. Mengacau Bubur Lambuk Secara Bergilir-gilir
4. Mengisi Bubur Lambuk ke Dalam Bekas
5. Pengagihan Bubur Lambuk
Program ini telah dikendalikan oleh Belia Taman Desa Idaman.