Perkhemahan Siri 1 Daerah Kinta Utara Dan Kinta Selatan Sesi 2018
Perkhemahan yang berjalan selama 3 hari 2 malam bermula pada 13 April 2018 ini adalah satu program yang dilaksanakan kerjasama pengurusan Pengakap daerah Kinta Utara dan Kinta Selatan. Ia berteraskan aktiviti tahunan pasukan ini dalam misi melahirkan anak-anak pengakap yang berjaya. Anak-anak ini diberikan ujian mengikut tahap pencapaian mereka dalam kepengakapan. Penglibatan yang terdiri daripada Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda dan Pengakap Remaja ini telah menunjukkan satu prestasi yang sangat memuaskan bagi daerah. Peserta perkhemahan pada kali ini hampir mencecah 400 orang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, bangsa, dan agama. Ia turut dibantu oleh Pengakap Kelana dalam melicinkan pergerakan aktiviti dan memutuskan segala urusan berjalan dengan lancar. Antara ujian yang dilaksanakan adalah tapak perkhemahan, ujian masakan, ujian ikatan, temuduga kepengakapan termasuk dengan kawad kaki dan tongkat, malam pengakap dan lain-lain lagi. Perkhemahan ini telah memberikan keputusan yang memberangsangkan dan secara keseluruhannya, peserta berjaya dalam ujian kali ini dan meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi dalam dunia pengakap. Walaupun memenatkan, banyak penghayatan yang boleh dijadikan pengajaran untuk perkhemahan seterusnya. Dengan tagline SEKALI BERPENGAKAP SELAMANYA BERPENGAKAP telah mengubah persepsi negatif dalam diri dan menjadikan setiap aktiviti dilakukan dengan ceria dan menyeronokkan.