PERKHEMAHAN PENGAKAP KOLABORATIF
Melibatkan seramai 35 orang peserta dari arus perdana dan PPKI dan bertempat di Sekolah Kebangsaan batang Melaka, Jasin, Melaka. Perkhemahan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas pengakap kepada murid sekali gus untuk mendapatkan Keris Lencana Gangsa. Perkhemahan ini telah mengadakan pelbagai aktiviti seperti permainan tradisional (tuju selipar), malam kebudayaan, berbasikal dan sebagainya.