Perjumpaan 1 Level 200 Semester 1 Sidang 2018/2019
Perjumpaan pertama level 200 sidang 2018/2019 telah bertukar ke hari Isnin pada pukul 5.20 petang. Perjumpaan ini diadakan di DK SK 2. Agenda perjumpaan kali ini ialah perkenalan ahli krew baharu memandangkan terdapat rombakan ahli krew dan persiapan untuk fail BP Award. Pada perjumpaan tersebut, krew saya terdiri daripada 14 orang dan terdapat 4 orang ahli krew baru. Kami telah beramah mesra dan berkenalan antara satu sama lain. Selepas itu, NYDP 2 iaitu saudari Shahira Airida memberikan sedikit taklimat mengenai BP award. Perjumpaan kali pertama pada sidang 2018/2019 merupakan satu pengalaman baru kerana kami telah menerima ahli-ahli baru di samping dapat melakukan persiapan ke arah BP Award. Salam Pengakap!