Pengembaraan di Kuala Lumpur 40KM
Malaysia

Pengembaraan di Kuala Lumpur 40KM

Bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan lencana ekspedisi, saya telah menyertai Ekspedisi 40KM Pengakap Remaja anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kami telah menjelajah kota ibu negara Malaysia sejauh 40KM dalam 24 jam. Dengan ekspedisi ini, saya telah melihat dengan mata saya sendiri tentang suasana yang berlainan di Kuala Lumpur. Sering saya pergi membeli-belah di Nu Sentral dan Sunway Putra Mall, tetapi menerusi ekspedisi ini, saya telah mengetahui dan melihat sisi lain di Kuala Lumpur. Menerusi ekspedisi ini juga, saya ada juga menolong orang yang memerlukan selaras dengan ikrar pengakap iaitu "membantu orang pada setiap masa". Walaupun berjalan 40KM bagaikan mimpi yang sukar diselesaikan, saya masih dapat selesaikan ekspedisi ini dengan selamat dan jayanya.
Started Ended
Number of participants
8
Service hours
20
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share