Merdeka Walk & Clean Up the World 2018
Tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk menanam semangat kesukarelawanan ke dalam diri ahli pengakap Negeri Pulau Pinang ,menanam semangat gaya hidup sihat kepada ahli pengakap seluruh Negeri Pulau Pinang dan meningkatkan tahap kesedaran mengenai pentingnya aktiviti sukan dan riadah untuk lebih sihat.Di samping itu ,Yang Berbahagia Tuan Haji Zulkafli bin Kamaruddin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang merangkap Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Merdeka Walk & Clean Up the World 2018.