Merdeka Walk & Clean Up The World 2017
Bertepatan pada tarikh 24 September 2017 hari Ahad, saya telah menyertai satu program yang telah dianjurkan oleh pihak Politeknik METrO Tasek Gelugor dan juga pihak Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik Pulau. Terdapat seramai 180 penyertaan yang terdiri daripada pihak KLKM Politeknik METrO Tasek Gelugor, Sukarelawan Politeknik METrO Tasek Gelugor, KLKM Universiti Sains Malaysia, Pengakap Kanak-kanak daripada 2 buah sekolah serta Pengakap Remaja.
Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tempat-tempat tertentu. Kumpulan kami iaitu KLKM USM telah dipilih untuk pergi ke CEMAX USM dengan berjalan kaki di sepanjang perjalanan yang mengambil masa selama 40 minit untuk tiba di tempat tersebut. Tibanya kami disana, saya dan rakan-rakan telah membersihkan kawasan tersebut dengan mengutip sampah yang terdapat di pesisir pantai tersebut.
Setelah selesai membersihkan sampah di kawasan tersebut, saya dan rakan-rakan pulang ke tempat berkumpul dengan berjalan kaki juga. Setelah selesai majlis penutup dan penyampaian sijil, kami dijamu dengan makanan. Program ini telah tamat pada jam 3 petang.