Merajut Keamanan di Kota Tinggi - Karnival Keamanan 2019 (PLITA: Program Lestari Cinta Alam)
Bersempena Hari Keamanan Sedunia yang disambut pada 21 September, SMK Pengerang Utama menganjurkan Karnival Keamanan 2019: PLITA (Program Lestari Cinta Alam). Program ini adalah bagi menyahut seruan daripada United Nations, bahawa Sambutan Hari Keamanan pada tahun ini disambut dengan Sustainable Development Goals (SDG) yang ke-13 iaitu Tindakan Iklim (Climate Action). Sambutan Hari Keamanan Sedunia yang bertemakan Climate Action for Peace, lantas Program Lestari Cinta Alam atau akronim PLITA merupakan program yang julung kalinya diadakan dan akan diteruskan pada tahun akan datang.
Program ini disambut dengan meriah dengan penganjuran pertandingan-pertandingan yang dapat menarik minat pelajar untuk menyertai di samping memberi kesedaran tentang keamanan dan juga tindakan iklim. Antara pertandingan yang dilaksanakan adalah Pertandingan Arca Bahan Terbuang, Pertandingan Carta Ikatan, Pertandingan Model Menara Projek Perintis, Pertandingan Masakan Rimba dan Pertandingan Poster. Selain itu, pameran koleksi hobi pengakap, Betterworld Framework Photobooth dan penerangan mengenai tatacara memuatnaik projek di Scout.org dan melengkapkan 100 jam perkhidmatan juga dilakukan.
Highlight bagi program ini adalah pelancaran logo rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kota Tinggi yang diserahkan dan ditandatangani oleh Tn. Hj. Yaacob B. A Karim (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor) yang turut merasmikan penutupan majlis sambutan karnival tersebut.