The meeting with the other team members
Buat pertama kalinya, saya mengadakan satu mesyuarat bersama-sama dengan semua ahli team UMT. Mesyuarat dihadiri oleh saya sendiri sebagai pengerusi majlis, Anisah Farihah binti Ahmad Azmi dan turut dihadiri oleh Hafiz, Zuhaili, Idayu, Fadhlina, Insyirah, Dayana, Syazreen dan Shahira. Mesyuarat ini dijalankan di Universiti Malaysia Terengganu di perkarangan asrama yang mempunyai tempat yang lapang untuk kami berbincang. Kami terpaksa mengadakan mesyuarat ini pada sebelah malam kerana jadual kami yang padat pada waktu siang dan tidak mempunyai waktu yang sama untuk kelas terakhir kami pada hari tersebut. Jadi, mesyuarat diadakan pada waktu malam bagi membahagikan tugas masing-masing.
Tujuan mesyuarat adalah untuk membahagikan tugas masing-masing dimana kesembilan daripada kami dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan pengurusan, teknikal dan sponsor. Kumpulan pengurusan ditugaskan untuk menguruskan perihal projek sehingga projek ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berjalan dengan lancar. Tugasan ini juga termasuklah menguruskan pengangkutan, makanan, peralatan dan hubungan luar bagi menjayakan projek ini dengan sebaik mungkin. Manakala bagi kumpulan sponsor, mereka bertanggungjawab untuk mencari dana bagi membantu projek dari segi kewangan di mana projek ini memakan belanja yang besar dari segi penyediaan makanan dan projek. Di samping itu juga, kumpulan sponsor ditugaskan untuk menyediakan paip untuk projek kami di pulau nanti.
Selain itu, tugas kumpulan teknikal adalah untuk menyediaakan alatan untuk projek SWA ini seperti litar solar, lampu, bateri dan sebagainya. Hal ini kerana mereka lebih pakar dalam menyediakan alatan ini berikutan mereka sedang berada dalam bidang pengajian tersebut. Oleh itu, Kumpulan pengurusan terdiri daripada saya sendiri, Anisah dan Zuhaili, Fadhlina serta Syazreen. Manakala kumpulan sponsor terdiri daripada Hafiz, Idayu, Insyirah, Dayana dan Shahira. Jadi, secara automatic, kumpulan teknikal terdiri daripada Amiru, Syezrizal, Mustafa dan Zulaikha yang berada di UTHM.