MANIKAYU1 DI PULAU REDANG

MANIKAYU1 DI PULAU REDANG

KLKM UniSZA telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia pada 16-19 Mac 2018 bertempat di Delima Redang Beach Resort, Pulau Redang, Kuala Terengganu. Seramai 39 orang peserta telah menyertai kursus ini dan telah lulus dengan jayanya. Antara daerah KLKM yang menyertai kursus ini ialah KLKM PTSB, KLKM PSA, KLKM KIAS, KLKM KKTM KEMAMAN, KLKM UIA GOMBAK, KLKM UniSZA, Pengakap 'G' Kuantan dan Kelana 'A' Dungun. Kursus ini dapat memberi peluang dan pengalaman kepada peserta untuk memantapkan lagi ilmu ke pengakapan dan kepimpinan masing-masing. Di samping itu, pengalaman kursus ini dapat melahirkan seorang peserta yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan, berdikari dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani sosial dan intelek. Kursus ini juga merupakan salah satu syarat mendapatkan Lencana Kepimpinan kearah mendapatkan penganugerahan BP Award. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya kawad tongkat, kawad kaki, istiadat pagi, backwood cooking, ikatan dan simpulan, membuat gajet, khidmat komuniti snokelling dan sebagainya.
Started Ended
Number of participants
39
Service hours
468
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share