LAKSAMANA RUN (run for their lives)

LAKSAMANA RUN (run for their lives)

program dirasmikan oleh Che ' Puan Khaleeda Bustamam isteri kepada tungku mahkota Johor. Anggaran peserta yang menyertai program ini ialah hampir mencecah 5000 orang. Kebanyakan mereka terdiri daripada rakyat Malaysia, Singapura, Dan Filipina. Setiap peserta dikehendaki menyertai acara larian mengikut kategori yang dipilih. Program ini telah dijalankan hampir seharian iaitu dari pukul 6.15 minit pagi hingga 3 petang kerana jarak larian, aktiviti perasmian dan majlis penyampaian hadiah mengambil masa agak lama untuk dilaksanakan. program ini bertujuan untuk memberi derma kepada pesakit kanser melalui penjualan baju dan tiket untuk berlari. Antara kategori yang dipertandingkan ialah 5 KM dan 10 KM. Peserta yang memenangi tempat ke 10 teratas akan mendapat hadiah berupa wang tunai. Semua peserta yang menyertai program tersebut amat berpuas hati kerana perkhidmatan yang sangat bagus disediakan seperti aiskrim yang diberikan secara percuma Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Majlis Pembandaran Johor Bahru dengan kerjasama pelajar opsyen PJ IPG Kampus Temenggong IBrahim Johor. Program ini dijalankan secara langsung dan praktikal ini ditaja sepenuhnya oleh syarikat Mc Donald.
Number of participants
39
Service hours
234
Location
Malaysia

Share via

Share