Kutipan Dana Projek Di Kolej Kediaman Pelajar
Melaksanakan skop kerja pasukan penajaan iaitu mewujudkan aktiviti untuk mendapatkan dana bagi projek ini dengan menganjurkan dan mengumpul dana berkonsepkan kutipan derma/sumbangan. Pengumpulan dana tersebut berbentuk informal iaitu kutipan bilik ke bilik kolej kediaman pelajar bagi projek SWA iaitu ``Solar Light Street’’ yang bakal dijalankan di Kampung Bidong, Terengganu. Bahkan, ianya merupakan pelaksanaan aktiviti kutipan dana yang kedua daripada ``team sponsor’’ di mana pasukan kami memfokuskan kawasan universiti iaitu di kalangan pelajar (kolej kediaman). Hal ini kerana selain mempromosikan di luar universiti (komuniti luar), pasukan penajaan juga memfokuskan publisiti di dalam universiti (pelajar) berkenaan Projek ``Solar Light Street’’ agar mahasiswa mempunyai pengetahuan terhadap projek yang bakal dijalankan. Di samping itu, terdapat 8 blok kolej kediaman pelajar dan setiap blok memiliki 4-5 tingkat, malah pasukan penajaan dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil dalam aktiviti pengumpulan dana untuk projek ini dan aktiviti/gerak kerja ini bermula pada 2pm-4pm (2jam). Bahkan, setiap kumpulan kecil diagihkan kepada 2 orang, 2 blok kolej kediaman pelajar bagi kutipan tersebut. Blok yang selebihnya akan dijalankan oleh ``team sponsor’’ yang lain untuk minggu yang seterusnya. Nyatalah, aktiviti pengumpulan dana ini memberi impak kepada diri saya di mana ``bukan senang untuk kita melaksanakan sesuatu projek tanpa mendapatkan dana yang mencukupi serta ianya merupakan satu kemahiran yang dapat dicipta dalam diri setiap individu terhadap peranan dalam menjayakan sesuatu perkara mahupun tugasan". Melalui aktiviti ini juga, pelbagai pengalaman yang diperolehi iaitu melatih diri untuk berkomunikasi dengan masyarakat, kemahiran luar iaitu mempromosikan sesebuah projek yang dilaksanakan dan kutipan dana/sumbangan mencapai target yang dikehendakinya serta sokongan para pelajar dalam memberi kerjasama yang baik serta sumbangan yang ikhlas dalam projek ini.