Kursus Kepimpinan Ketua Krew Kelana (5K: Ke Arah BP Award)
Agenda :
Kursus Kepimpinan Ketua Krew Kelana (5K: Ke Arah BP Award)
Tarikh : 13 - 15 Oktober 2017
Tempat : Universiti Sains Malaysia
Butiran :
Hari pertama bermula dengan kedatangan dan pendaftaran peserta 5K diikuti dengan taklimat dan pembahagian krew, istiadat mengibarkan bendera, dan 7 modul (kem kraf dan sta, khemah kecil dan pondok perlindungan, projek perintis (jambatan), orienteering, peta dan penganggaran, ikhtiar hidup, istiadat bendera dan pemeriksaan pagi & penyediaan buku)
Hari terakhir iaitu hari ketiga kursus 5k bermula dengan latihan kawad kaki tongkat dan asas, kemudian diikuti dengan modul penilaian pengetahuan kelana dan pengurusan protokol serta diakhiri dengan majlis penutup kem.