Keselamatan Dijaga, Ukhuwah Terjalin.
Saya bersama ahli Kelana yang lain seramai 30 orang telah menjalankan tugas sebagai petugas keselamatan sepanjang Korobori Kebangsaan 2018 yang berlangsung di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail(KPTMI),Kuala Nerus,Terengganu selama 5 hari 4 malam iaitu bertarikh 6 Jul-10 Jul 2018. Sebelum menjadi petugas keselamatan, pada 4-5 Jul 2018, saya dan juga kelana-kelana yang lain membantu para pemimpin dan guru-guru untuk persiapan Korobori sebelum peserta-peserta sampai. Antara tugas persiapan adalah seperti membuka khemah kanopi, menyusun atur dewan urusetia dan sebagainya. Saya sangat seronok menjadi petugas Korobori selama 7 hari 6 malam kerana banyak pengalaman baharu yang peroleh sepanjang menjadi petugas dan saya juga dapat berkenalan dengan ahli Kelana lain tidak kira bangsa, agama dan asal usul.