Kempen Jom Derma Darah 1.0

Kempen Jom Derma Darah 1.0

Program Jom Derma Darah ini merupakan anjuran KLKM USM dengan kerjasama Pusat Sejahtera USM serta Hospital Pulau Pinang. Program Jom Derma Darah merupakan program yang amat diperlukan dalam bidang kesihatan dan boleh menyelamatkan ramai nyawa terutama di negara kita. Oleh itu, Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Sains Malaysia mengambil peluang bagi melaksanakan program ini bagi menggiatkan lagi program-program derma darah sekaligus dapat membantu meningkatkan bekalan darah di Hospital Pulau Pinang. Program ini telah dijalankan di Pusat Sejahtera USM bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 4.30 petang. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar iaitu terdapat seramai 320 penyertaan yang disertai oleh para pelajar Universiti Sains Malaysia.
Number of participants
320
Service hours
1920
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share