Kempen Derma Darah Anjuran KLKM USM
Kempen Derma Darah Anjuran KLKM USM dengan kerjasama Pusat Sejahtera USM dan Hospital Pulau Pinang Program ini berlangsung bermula dari pukul 9.00 hingga 4.30 petang. Sijil dan mycsd diberikan kepada yang berjaya menderma. Ini merupakan pengalaman saya yang pertama. Program memberi pengalaman yang paling bermakna dalam hidup saya kerana dapat menyumbang sesuatu kepada mereka yang memerlukan.Sepertimana kita sedia maklum, darah merupakan satu komponen penting dalam perawatan kesihatan. Keperluan dan permintaan terhadap darah semakin meningkat hasil kemajuan teknologi perubatan dan peningkatan bilangan hospital kerajaan dan swasta. Rawatan kes-kes seperti pembedahan jantung, pemindahan organ, rawatan pesakit-pesakit talasemia, haemofilia dan anemia memerlukan pemindahan darah. Oleh itu, marilah bersama-sama membantu mereka yang memerlukan. 'A drop of blood can save a life'