Kempen Derma Darah
Kempen ini bertempat di perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (SMK TATAR) pada 8 Feb 2017. Objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk membantu Pusat Darah Negara mendapatkan bekalan rezab/simpanan darah yang mencukupi. Kempen ini adalah terbuka kepada orang awam. Jumlah penyertaan adalah seramai 60 orang iaitu daripada pelajar Tingkatan Enam Semester 2 dan kira-kira 50 pek darah berjaya diperolehi.