Karnival Sukan Permainan dan Kokurikulum Abad ke-21 IPGKBA
Karnival Sukan dan Kokurikulum Abad ke-21 IPGKBA yang telah diadakan pada 10 Ogos 2017 ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum bersama dengan kesemua pasukan Unit Beruniform IPGKBA sebagai tuan rumah. Karnival ini telah disertai oleh IPGK dari Zon Tengah dan juga sekolah-sekolah yang berdekatan. Saya telah mengendalikan sukan Bola Baling. Sebanyak enam pasukan daripada pelbagai kampus IPG menyertai sukan Bola Baling.