JOTA JOTI 9M4SJSB ,SMK PENGIRAN OMAR SIPITANG 2018
Jota Joti Stesen Perkongsian antara Bahagian Beaufort 9M4SJSB telah dilangsungkan pada 19-21 Oktober 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar,Sipitang. Stesen Sipitang telah diikuti oleh peserta dari pelbagai daerah yang merangkumi dalam daerah beaufort iaitu Beaufort,Kuala Penyu,Membakut,dan Sipitang. Peserta yang mengikuti perkhemahan ini akan melalui pelbagai stesen iaitu VHF,HF,Semaphore,Joti,dan Morse kod.
Kerjasama daripada Kelab Teachers Team Radio memeriahkan lagi penggunaan radio amatur untuk didedahkan kepada pengakap yang sentiasa bersedia dengan pelbagai keadaan. Acara ini telah dirasmikan oleh Presiden Kelab Teachers Team Radio,Sipitang ,En Zulkifle Bin Hj Kassim (9W6ZHK). Diharap program pengakap sentiasa memberikan impak yang besar kepada jati diri murid seiring dengan persetiaan pengakap.