JOM DERMA DARAH
Program ini merupakan anjuran KLKM USM dengan kerjasama Pusat Sejahtera USM serta Hospital Pulau Pinang. Program ini telah dijalankan di Pusat Sejahtera USM bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 4.30 petang. Program ini sangat menarik ramai orang untuk menderma darah mereka. Terdapat seramai 320 penyertaan yang disertai oleh para pelajar Universiti Sains Malaysia. Pada hari tersebut saya telah bertugas sebagai urusetia program.