Jogathon dan Sukan Rakyat IPGK Temenggong Ibrahim Johor
Merupakan program peringkat komuniti IPGKTI Johor, bertujuan mengamalkan gaya hidup sihat dan mengumpul dana untuk menambahbaik kolej kediaman kampus IPGKTI. Ia melibatkan semua staff akademik, staff pelaksana dan siswa dan siswi IPGKTI. Program berjalan dari awal pagi hinggalah ke petang. Semoga jogathon ini menjadi motivasi kepada kita untuk mengekalkan gaya hidup sihat di samping beramal untuk menambahbaik kolej kediaman kampus kita. Terima kasih "daun keladi" diucapkan kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat.