Jerantut , Lipis Dan Cameron Highland juga memerlukan Face Shield !
Saya bersama-sama Tuan Azli Bin Hamid selaku Timbalan Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Maran , Encik Asmawi Sulaiman selaku Pengerusi Kelana Negeri Pahang dan Mohd Fikri selaku kelana Udara G Daerah Kuantan telah membuat pengagihan merentasi daerah kepada Daerah Jerantut , Lipis Dan Cameron Highland . Perjalanan ke sana mengambil masa 5 jam . Disebabkan wabak covid-19 ini , rakyat Malaysia tidak dibenarkan keluar selepas jam 7 malam . Oleh sebab itu kami terpaksa menginap di Cameron Highland untuk melakukan penyerahan keesokan harinya . Perjalanan penghantaran mengambil masa 2 hari 1 malam .
Setelah sampai di Daerah Jerantut, serahan pertama Face Shield dari Kelana A Maran telah diserahkan oleh Tuan Azli Bin Hamid Kepada Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut sebanyak 1034 Unit. Tanpa melengahkan masa, dari Jerantut kami Mundik Ke Daerah Kuala Lipis Pula . Serahan Face Shield kepada Hospital Kuala Lipis sebanyak 810 Unit telah disampaikan oleh Tuan Amin Nollah Bin Latif selaku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pahang kepada Pengarah Hospital Kuala Lipis .
Setelah selesai membuat pengagihan kami terus sambung perjalanan ke Cameron Highland . Kami tiba disana tepat jam 7 malam . Kami telah menginap di homestay milik Tuan Izat selaku Penolong Pesuruhjaya Negeri Pahang . Pada keesokan harinya , kami telah membuat penyerahan Face Shield pada jam 9.30 pagi kepada Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highland . Penyerahan selamat disampaikan oleh Tuan Azli kepada Pengarah Hospital Cameron Highland . Setelah selesai, kami teruskan perjalanan pulang .
Supporter Frontliner
#stayathome #staysafe #putuskanrangkaiancovid-19 #kitajagakita #MOP #alpharover #PersekutuanPengakapMalaysia