THE FUTURE OF ENERGY SCOUT GO SOLAR
Pertama sekali setiap pertemuan dimulakan dengan pengenalan, makanya kami semua dapat mengetahui nama penceramah bagi ke tiga-tiga hari webinar iaitu Miss Nor Azlin Mat Noor, Mr Zahiran Hamzah, Assoc Prof Ts Dr Mustaffa Ibrahim dan yang terakhir sekali Miss Lau Hooi Lin.
Pada 18 Disember 2020 penceramah yang terlibat adalah Miss Nor Azlin Mat Noor dan Mr Zahiran Hamzah. Miss Nor Azlin Mat Noor telah menerangan pengenalan scout go solar dan matahari sumber kehidupan. Scout Go Solar ( SGS ) adalah hasil inisiatif daripada Organisasi Pergerakan Pengakap Dunia ( WoSM ) yang bekerjasama dengan Solafrica dan Greenpeace.
Scouts Go Solar ( SGS ) pada Julai 2013 apabila Organisasi Pergerakan Pengakap Dunia ( WoSM ) mengadakan buat julung kali nya Bengkel Scout Go Solar untuk melahirkan Pengakap sebagai Solar Ambassadors. Bengkel Scouts Go Solar yang pertama telah diadakan selama 2 minggu di Pusat Pengakap Antarabangsa Kandersteg ( KISC ) di Switzerland. Manakala di Malaysia telah mengadakan bengkel pertamanya di IPG Pulau Pinang pada 23 hingga 26 Mac 2019.
Duta bagi Scout Go Solar Malaysia adalah Miss Lau Hooi Lin dan Profesor Madya Ts Dr Hj Mustaffa Bin Ibrahim. Objektif Scout Go Solar adalah Fun, Educate dan Create a better world.
Tema 1: Matahari Adalah Sumber Kehidupan
Pada hari yang sama Miss Nor Azlin Mat Noor telah menerangkan tema 1 dalam Scout Go Solar iaitu matahari sumber kehidupan. Beliau telah menceritakan serba sedikit pengalaman sepanjang beliau menceburi Scout Go Solar. Beliau menyatakan bahawa umur matahari adalah 4.6 billion, diameter bagi matahari pula adalah 1.4 juta Km dan jarak diantara bumi dengan matahari adalah 149680000 Km.
Setiap projek pasti ada proses permulaan, semasa dan penghujung. Bagi permulaan Scout Go Solar perkara wajib yang perlu dimiliki adalah cermin mata hitam. Hal ini kerana, dengan menggenakan cermin mata hitam ini dapat mengelakkan matahari terkena terus ke mata. Semasa projek dilakukan, kami semua dinasihatkan supaya menjaga kesihatan dengan mimun air yang secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.
Terdapat beberapa aktiviti yang menarik yang boleh kita lakukan antaranya seni dalam solar. Seni dalam solar ini adalah aktiviti mengukir nama atau bentuk di atas papan dengan menggunakan matahari sebagai sumber utama dan dibantu dengan kanta pembesar bagi menggantikan pen atau sebarang peralatan mengukir.
TEMA 2: IMPAK MATAHARI PADA KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR
Bagi tema kedua pula, impak matahari pada kesihatan dan alam sekitar disampaikan oleh Mr Zahiran Hamzah. Pada webinar ini diterangkan kesan matahari kepada kesihatan manusia dan alam sekitar yang boleh sesuatu perkara itu baik atau buruk.
Pendedahan kepada cahaya matahari dipengaruhi oleh bentuk muka bumi, iklim, hari dan tahun. Negara yang berhampiran dengan khatulistiwa dan berada pada ketinggian yang lebih tinggi, akan menerimalebih ultraungu (UV). Pendedahan kepada cahaya matahari adalah paling tinggi semasa musim panas. Sinar matahari menjadi paling terik antara jam 10 pagi hingga 4 petang.
Melakukan aktiviti luar samada di atas salji mahupun pasir boleh memantulkan cahaya UV dan meningkatkan risiko panahan matahari (sinaran UV dari atas dan bawah). Terdapat banyak ubat-ubatan (contohnya, diuretik, tetracycline, doxycycline, antibiotik sulfa, ubat anti-radang bukan steroid dan lain-lain) boleh meningkatkan sensitiviti kulit terhadap cahaya matahari dan meningkatkan risiko mendapat ruam fototoksid (sama seperti panahan matahari). Selain kulit, mata boleh terbakar akibat pendedahan kepada sinaran matahari yang kuat.
Cuaca angkasa adalah perubahan keadaan alam sekitar di ruang berhampiran Bumi atau ruang dari atmosfera Matahari hingga atmosfera Bumi. Perubahan keadaan alam sekitar ini banyak dipengaruhi oleh aktiviti Matahari yang memberi kesan pada Bumi terutamanya pada iklim, sistem telekomunikasi dan lain-lain.
Cuaca angkasa terjadi akibat dari ribut suria daripada Matahari yang bergerak merentasi angkasa dan menghentam atmosfera Bumi. Aktiviti seperti ribut suria, limpahan partikel-partikel elektromagnetik dan radiasi dapat memberi impak yang besar pada hidupan dan juga teknologi. Cuaca angkasa boleh menyebabkan kerosakan pada satelit, menggangu sistem komunikasi dan navigasi, sistem grid kuasa terbengkalai, hakisan saluran paip bawah tanah. kapal angkasa dan juga membahayakan nyawa angkasawan.
Tema 3: KEGUNAAN TENAGA SOLAR
Tema 3 pula disampaikan oleh Assoc Prof Ts Dr Mustaffa Ibrahim yang bertajuk kegunaan tenga solar. Webinar ini berlangsung pada 19 Disember 2020.
Tema 4 : GO SOLAR!
Manakala tema ke-4 iaitu Go Solar disampaikan oleh salah satu duta Scout Go Solar iaitu Miss Lau Hooi Lin. Pada 20 Disember telah berlangsungnya webinar ini pada jam 4 petang.