BENGKEL PERTOLONGAN CEMAS BERSAMA BSMM USM 2016
Program ini merupakan program pertama bagi ahli KLKM USM peringkat 100 dan peringkat 200. Program ini diuruskan oleh ahli KLKM USM peringkat 200 dengan kerjasama bersama ahli BSMM USM tahun 2. Pengarah projek iaitu Franzie Junior Anak Dickson dengan jayanya menguruskan program ini yang dihadiri oleh KLKM USM dan ahli BSMM USM tahun 2. Program ini bermula pada jam 7 pagi hingga 1 tengahari.
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk mendedahkan peserta tentang asas pertolongan cemas dan tindakan yang perlu diambil dalam situasi-situasi tertentu oleh seorang ahli Pengakap. Setiap perserta layak untuk
menjadi seorang ahli Kelana yang bertanggungjawab dan mampu melakukan tindakan yang betul semasa menghadapi situasi yang cemas seperti kemalangan.
Peserta diberi tunjuk ajar tentang cara mengikat anduh dan memberi rawatan kecemasan seperti CPR kepada patung yang dianggap sebagai mangsa. Ahli BSMM USM menunjukkan teknik yang betul dalam pelaksanaan rawatan dan membetulkan sebarang kesilapan yang dilakukan. Program ini telah memberikan ahli Kelana USM pengetahuan mengenai cara menghadapi situasi cemas dan membantu menyelamatkan nyawa mangsa.