PPDBM raih keberkatan menerusi Projek Bubur4iftar
Persatuan Pengakap Daerah Brunei dan Muara (PPDBM) buat julung-julung kalinya mengadakan Program Berkongsi Nikmat Sempena Ramadhan 1439 Hijrah pada tahun ini menerusi Projek Bubur4iftar. Projek merupakan pengagihan bubur kacang hijau yang disediakan oleh para pemimpin dan ahli-ahli pengakap dari PPDBM di beberapa buah masjid dan balai ibadat di sekitar ibu negara dan kawasan berdekatan.Acara diadakan pada 9 Jun 2018 di kawasan Balai Ibadah Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD).Hadir selaku tetamu kehormat ialah Naib Yang Dipertua PPNBD, Pengiran Abdul Wahab bin Pengiran Haji Hassan.
Objektif projek amal PPDBM tersebut antara lain untuk menghidupkan konsep bergotong royong dalam kalangan pemimpin dan ahli-ahli pengakap dalam mengungkayahkan kerja-kerja amal lebih-lebih lagi di bulan penuh kerahmatan ini.
Tahun ini merupakan 'pilot project' bagi program berkenaan dan ianya akan diteruskan lagi di tahun-tahun hadapan dengan projek pengagihan juadah yang berbeza.
Jumlah keseluruhan bubur yang diagih-agihkan ke beberapa buah masjid dan balai ibadat di sekitar ibu negara dan kawasan setempat ialah 700 pek.
Close