PENGAKAP MRSM KEPALA BATAS INGIN MELAHIRKAN USAHAWAN BERJAYA.

PENGAKAP MRSM KEPALA BATAS INGIN MELAHIRKAN USAHAWAN BERJAYA.

KEPALA BATAS : Tanggal 3 Ogos 2019 telah berlangsung karnival Hari Terbuka Maktab (HTM) 1.0 dimana julung-julung kali dilaksanakan di MRSM Kepala Batas. Program ini dianjurkan atas kerjasama daripada unit pentadbiran dan kakitangan staff dan unit pengurusan asrama (warden) MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia. Program ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah dikalangan guru dan kakitangan staff, pengujung yang duduk di sekitar MRSM Kepala Batas, dan melatih pelajar untuk mengendalikan majlis sepenuhnya sambil di pantau oleh guru dan staff yang bertugas. 

 Dengan adanya program ini pelajar juga dapat merasai pengalaman menjadi pengacara majlis, deejay, penyambut tetamu, dan secara tidak langsung dapat merasai pengalaman berniaga. Cabaran ini telah disahut oleh unit beruniform Pengakap Laut MRSM Kepala Batas untuk berniaga pagi hari berkenaan. Pelbagai aneka makanan dan minuman dijual di gerai pengakap laut. Antaranya termasuklah burger ayam dan daging, nasi goreng pataya, maggie goreng rangup, char kuey tiau, roti john dan air yang paling laris iaitu air milo kaw. Kesemua idea menu berkenaan telah direalisasikan dalam mesyuarat bersama dengan guru penasihat pengakap iaitu cikgu Rozaidi.

 Alhamdulillah, semua ahli pengakap dapat menjalankan tugas tugas mereka dengan baik sepanjang program HTM berlangsung. Pelbagai kaedah digunakaan untuk melariskan jualan kami. Antaranya termasuklah membuat sistem 'DELIVERY' dan "FLASH SALES". Berpegang kepada Falsafah MARA "KEUSAHAWANAN NADI PENDIDIKAN GLOBAL" telah menaikkan semangat kami untuk berjaya bukan sekadar ilmu kepengakapan tetapi ilmu untuk menjadi usahawan yang berjaya di masa hadapan. 

Started Ended
Number of participants
20
Service hours
1440
Location
Malaysia
Topics
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share