KURSUS PIONEERING DAN IKATAN
Malaysia

KURSUS PIONEERING DAN IKATAN

Program : Kursus Pioneering Dan Ikatan 

Tarikh : 30 September 2017

Tempat : Universiti Sultan Zainal Abidin 

Kursus pioneering dan ikatan telah dihadiri oleh pengakap kelana KLKM UMT, KLKM UniSZA 2 orang, Kelana C Terengganu 1 orang dan Kelana Setiu. Kursus yang dijalankan selama satu hari itu dimulai dengan kursus ikatan dari pihak UMT sebagai tenaga pengajar. Peserta belajar lapan ikatan wajib iaitu buku sila, tindih kasih, bunga geti, bunga geti berganda, ikatan serong, silang tunku, manuk dan juga ikatan lilit dua simpul. 

Kursus diteruskan lagi dengan projek perintis di mana setiap peserta dibahagi kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan harus melakukan satu model projek perintis. Seterusnya setiap model perintis akan diberi pandangan oleh dua orang jemputan dari KLKM UMT iaitu Saudara Helmi dan juga Saudara Shawal di mana kediua-duanya adalah pemegang Anugerah Baden Powell. Setiap kumpulan juga dikehendaki membuat satu jenis permainan dan diberi masa selama satu jam untuk menyiapkannya. Selepas itu setiap kumpulan menghantar wakil untuk menguji permainan yang telah dibuat tadi. 

kursus diakhiri dengan sedikit ucapan dari Pesuruhjaya KLKM UMT, Puan Noni dan penyampaian sijil dan juga hadiah. 

 

Number of participants
45
Service hours
270
Location
Malaysia
Topics
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share