Kursus Koordinator MoP
Kursus Koordinator MoP ini merupakan sebuah program yang dijalankan bagi memberi pengenalan kepada MoP. Seramai 36 orang peserta kursus yang terdiri daripada ahli pengakap seluruh IPG di Malaysia telah terlibat. Antara objektif kursus ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran mengenai rangkaian MoP dan pengurusan projek. Matlamat akhir kursus ini adalah supaya peserta dapat menjadi koordinator dan berkongsi pengetahuan dengan masyarakat tentang MoP. Melalui aktiviti yang dijalankan, para peserta dapat bekerjasama dan berkongsi buah fikiran bagi merancakkan lagi program dalam MoP.