KEMPEN NORMA BAHARU,AMALKAN PEMAKAIAN PELITUP MUKA UNTUK KESIHATAN DIRI & MASYARAKAT
Sipitang,24 Oktober 2020 :
Majlis Pesuruhjaya Sipitang telah mengorak langkah dalam kempen memutuskan virus pandemik covid-19 dengan mengadakan kempen kesedaran pelitup muka. Kempen ini telah diuruskan oleh ADC Kelana iaitu saya sendiri dengan bantuan Kelana A,Smk Sindumin,dan Smk Pengiran Omar,Sipitang. Bantuan Pelitup Muka ini telah disumbangkan oleh individu yang sayangkan daerah sipitang.
Sebanyak 3300 Keping pelitup muka telah disumbangkan untuk Kempen ini. Pelitup muka yang disumbangkan telah di bungkus dapat mengumpul 667 set pelitup muka untuk diedarkan kepada masyarakat di daerah sipitang.
Aktiviti kempen ini telah mendapat kebenaran daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Sipitang dan IPD Sipitang. Kempen ini dijalankan dihadapan PKOB Sipitang dan bermula daripada 8 pagi dan berakhir 11 pagi. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan lagi sekiranya PKPB masih diteruskan bagi memastikan pematuhan sop masyarakat daerah sipitang dan seterusnya menurunkan kadar jangkitan covid-19.