Kempen Derma Darah

Kempen Derma Darah

Kempen Derma Darah ini anjuran Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim bersama dengan Pengakap KLM 21 yang menjadi urusetia program tersebut. Program tersebut telah bermula pada jam 8 pagi hingga 2 petang yang di Dewan Munsyi Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim dengan kerjasama Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah. Aktiviti menderma darah berjalan pada pukul 8 pagi dan mendapat sambutan yang menggalakan oleh staff dan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim walaupun pada masa itu waktu minggu belajar. Penderma seramai 48 orang termasuk dengan ahli Pengakap KLM21 yang menderma darah juga. Penderma darah terus mendapat sijil penghargaan menderma darah pada masa tersebut. Penderma yang telah menderma darah mendapat sedikit jamuan agar mereka tidak berasa lemah selepas menderma darah. Pada pukul 2 petang, semua staff Hospital Sultan Abdul Halim bersurai setelah mereka menjamu selera yang disediakan.
Number of participants
48
Service hours
288
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share