KEM MEMORABILIA JOHOR & INTERNATIONAL FELLOWSHIP JAMBOREE 2018
Malaysia

KEM MEMORABILIA JOHOR & INTERNATIONAL FELLOWSHIP JAMBOREE 2018

TARIKH JAMBORI : 17-20 NOVEMBER 2018

TEMPAT : KEM PENGAKAP JUBLI INTAN, TANJUNG LABUH. BATU PAHAT

KEKUATAN KONTINTEN PONTIAN : 256 ORANG

TUGASAN YANG DIJALANKAN : QM PERALATAN DAN MEMBANTU SUBKEM DAERAH PONTIAN

Jambori kali ini telah disertai hampir kesemua daerah dalam Negeri Johor dan Daerah Pontian telah menghantar wakil seramai 256 orang yang terdiri daripada para Pemimpin, Kelana dan juga peserta -peserta sekolah. Jambori ini julung-julung kalinya diadakan semula selepas hampir 10 tahun. kem KERAMAT ini telah menyingkap banyak memori pada mereka-mereka yang pernah kem ini.

Banyak aktiviti-aktiviti yang dilajankan sepanjang berlangsungnya jambori ini dan kemuncaknya dimana kesudian Menteri besar Johor, YAB Dato' Haji Osman Bin Haji Sapian merasmikan acara pembukaan dan seterusnya menghadiri beberapa lagi acara yang dianjurkan di kem ini.  

Y.A.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, Menteri Besar Johor telah menerima Anugerah Bintang Darul Ta’zim yang disampaikan oleh Tuan Haji Yaacob bin A.Karim, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor sambil disaksikan oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Y.B. Gan Peck Cheng. Turut menerima anugerah ini ialah Ybhg. Mej. Jen. Prof Dato’ Dr Mohd Zin bin Bidin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara bersa-ma 10 lagi penerima lain.

Selain itu, seramai 15 penerima telah menerima Anugerah Pingat Darul Ta’zim yang disampaikan sendiri oleh Y.A.B. Menteri Besar. Anugerah ini meru-pakan tanda penghargaan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor diberi kepada individu-individu yang ban-yak berjasa kepada pergerakan Pengakap di negeri ini khususnya dan di seluruh dunia secara amnya. Tahniah kepada penerima-penerima anugerah ini. Dalam ucaptama perasmian Y.A.B. Menteri Besar, beliau amat berbangga kepada pergerakan Pengakap negeri ini yang sangat aktif dengan penganjuran perkhemahan dan jambori berskala besar seperti hari ini. Beliau akan terus menyokong segala aktiviti yang dianjurkan oleh Pengakap Negeri Johor pada masa-masa akan datang dengan menjadikan Kem Jubli Intan Tanjung Labuh sebagai tempat pengajurannya.

 

Started Ended
Number of participants
256
Service hours
32
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Communications and Scouting Profile
Partnerships

Share via

Share