
JAMBORI SEMPADAN MALAYSIA - THAILAND 2019
Pada 16-20 Jun 2019, seorang ahli Pengakap SMK Sungai Rambai iaitu Khairul Irsyaduddin bin Sulaiman telah menyertai Jambori Sempadan Malaysia - Thailand sempena meraikan pertabalan Raja Rama ke-10. Program diadakan di Pantai Samila, Songkhla, Thailand. En. Muhammad Haris turut serta sebagai guru pengiring merangkap Ketua Kontinjen Pengakap Negeri Melaka. Sebelum bertolak ke sana semua peserta perlu menyertai latihan pusat dari 14-16 Jun di SK Padang Sanai. Malaysia menghantar 308 peserta dan pegawai dalam jambori kali ini yang disertai oleh lima negara iaitu Thailand, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Qatar yang melibatkan seramai kira-kira 14 000 peserta.