IT'S SCOUTING TIME GUYSSS
Malaysia

IT'S SCOUTING TIME GUYSSS

Pada hari selasa lepas bersamaan 15 Januari 2019, kumpulan pengakap kelana SMK Sultan Ismail (SMKSI) telah memulakan aktiviti pertama mereka dengan istiadat bendera dan latihan ikatan tali temali. Semua ahli Kelana dilatih dan diajar dengan pelbagai istiadat pengakap dan cara-cara yang betul bagi bagi melaksanakannya. Bertepatan dengan tahun baru, pengakap kelana SMKSI telah memulakan istiadat bendera bagi melambangkan permulaan tahun baru dan memperbaharui persetiaan mereka. 

Aktiviti ini telah disertai oleh seramai 33 orang ahli Kelana, 5 orang guru pemimpin dan saya sendiri sebagai pengajar. Diharapkan apa yang telah diajarkan kepada semua peserta dapat diimplimentasikan dengan baik dalam menjadi seorang kelana yang berwawasan dan berguna kepada masyarakat selaras dengan cogan kata "Berkhidmat"

Number of participants
38
Service hours
4
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share