The Future Of Energy Scout Go Solar

                                                                                              Laporan Aktiviti Scout Go Solar

     Persekutuan Pengakap Malaysia telah mengadakan aktiviti Scout Go Solar melalui atas talian dengan menggunakan aplikasi Teams. Aktiviti Scout Go Solar ini telah diadakan selama 3 hari iaitu dari 18 Disember hingga 20 Disember 2020. Aktiviti pengakap ini telah disertai oleh 50 - 55 orang ahli persatuan dan beberapa orang pemimpin. Aktiviti ini diadakan untuk menceritakan tentang matahari adalah sumber kehidupan. Aktiviti ini juga menerangkan kelebihan dan kebaikan tenaga solar dalam kehidupan. Hal ini adalah kerana tenaga solar adalah sumber tenaga yang boleh diperharui. Aktiviti ini turut menerangkan tentang aktiviti pertama yang Scout Go solar wajib laksanakan, iaitu DIY kaca mata hitam.

    Seterusnya, bagaimana saya mendapat manfaat daripada aktiviti Scout Go Solar yang telah dijalankan selama 3 hari. Pada hari pertama, saya dapat mengetahui bahawa jam matahari merupakan alat yang mengukur pergerakan matahari dengan menggunakan bayang untuk mengukur perjalanan masa dan fungsi utama lapisan ozon adalah menapis sinaran ultra ungu (UV) berbahaya pada sinaran matahari dari sampai ke permukaan bumi. Pada hari kedua, saya dapat mengetahui tenaga solar di Malaysia dijana dengan menggunakan teknologi fotovoltaik atau solar panel seperti projek ladang solar dan pemasangan solar panel di bangunan komersial dan juga domestik. Pada hari terakhir, saya dapat mempelajari bahawa solar water disinfection adalah proses penyahkuman pada air minuman dengan menggunakan cahaya matahari.

    Selain itu, melalui aktiviti Scout Go Solar ini apa yang saya dapat lakukan dalam rutin harian saya adalah dengan menggunakan solar box untuk penyimpanan tenaga solar dan boleh digunakan untuk mengecas telefon dan sebagainya. Sebagai ahli pengakap, kita boleh menggunakan periuk solar copenhagen cooker iaitu periuk DIY yang mudah dibawa ke mana-mana dan berupaya memasak dengan bahan yang sederhana ketika kita menghadiri aktiviti perkhemahan di hutan. Dengan aktiviti Scout Go Solar ini saya dapat mengetahui cara membaca dan menggunakan kompas dengan betul sekiranya saya sesat di tengah-tengah hutan, saya dapat menggunakan kompas untuk mencari jalan keluar dengan selamat. 

   Di samping itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa dengan mengikuti aktiviti Scout Go Solar ini dapat memberikan banyak manfaat kepada saya. Tenaga solar adalah sumber tenaga percuma, matahari memberikan kita sumber tenaga percuma lebih daripada yang kita gunakan dan tiada siapa yang boleh memonopoli cahaya matahari. Sistem tenaga suria mula menjimatkan wang dari saat ia diaktifkan, bagaimanapun kelebihan tenaga suria dapat dilihat dalam jangka panjang. Semakin lama kita menggunakan sistem tenaga solar, semakin banyak manfaat teknologi solar kita nikmati dan sekaligus baik untuk menjaga alam sekitar. Tenaga solar ialah sumber tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui dan apabila kita menggunakan tenaga solar, kita tidak perlu berhadapan dengan masalah blackout lagi.

    Akhir sekali, harapan saya adalah supaya ahli pengakap yang akan datang berminat untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Hal ini dapat mengembangkan Persekutuan Pengakap Malaysia secara meluas ke serata dunia. Untuk sebarang maklumat sila layari laman sesawang https://www.scout.org dan jika ada pertanyaan sila hubungi nombor yang tertera atau sertai group telegram pengakap. 

Started Ended
Number of participants
1
Service hours
18
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF

Share via

Share