THE FUTURE OF ENERGY SCOUT GO SOLAR
LAPORAN AKTIVITI SCOUT GO SOLAR
Persatuan pengakap kelana politeknik sultan azlan shah telah mengadakan aktiviti scout go solar di Sk Dato Nan Kaya, Kg kelawar selama 1 hari iaitu tarikh nya pada 11/3 2020.Seterunya, di sekolah tersebut kami telah mengadakan aktiviti pembuatan kaca mata hitam dan bayang-bayang tetapi ada lagi beberapa aktiviti yang tidak dapat diselesaikan kerana hujan dan kami hanya mampu membuat aktiviti ini selama sehari kerana akibat wabak covid 19 tetapi apabila covid tiada kami akan menyambung semula aktiviti sgs di Sk Dato Nan Kaya, Kg Kelawar.Kami mempunyai 27 orang peserta pengakap yang hadir pada waktu tersebut.Kenapa aktiviti SGS perlu diadakan supaya dapat menambah ilmu pengetahuan tentang SGS dengan lebih mendalam.Dapat mengetahui fungsi cahaya matahari dalam kehidupan kita.Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.kita juga boleh mengubah pandangan negative yang sering pelajar lihat mengenai sains kerana kebanyakkan belajar sering merasakan sains adalah subject yang susah.Oleh itu, dengan adanya aktiviti SGS kami ahli pengakap dapat menunjukkan mereka tentang aktiviti yang menyeronokkan mengenai sains seperti mengukir nama di atas batang ice cream menggunakan cahaya dan kanta pembesar.Seterusnya, dari segi pembelajaran online pula kenapa aktiviti SGS perlu diadakan ialah kerana kami dapat mengetahui bahawa matahari adalah sumber kehidupan,impak matahari pada kesihatan dan alam sekitar, kegunaan tenaga solar dan go solar.
Seterunya ,bagaimana saya sebagai penonton nak dapatkan manfaat daripada aktiviti SGS.Seterusnya,manfaat yang saya dapat daripada aktiviti SGS ialah apabila kita ingin melakukan aktiviti yang berkaitan solar kita perlu menjaga memakai kaca mata hitam untuk melindungi mata kita daripada terkena sinaran mata hari .Seterusnya dengan adanya kaca mata hitam kita dapat melakukan aktiviti seperti warna dan haba, seni dalam solar,jam matahari, belalang solar,sumo solar dan bull eyes.Seterusnya kita dapat mengetahui kesan buruk cahaya matahari terhadap tubuh badan manusia apabila tidak dilindungi seperti kulit terbakar dan munculnya bintik-bintik coklat pada kulit.seterusnya , saya dapat mengetahui tentang bagaimana bentuk mini ketuhar solar,periuk copenhagen,kipas solar,pengecas solar dan pam air solar .Seterusnya dapat mengetahui tentang kelebihan pondok solar.Saya dapat mengetahui bahawa tenaga suria adalah teknologi untuk dapatkan tenaga yang berguna daripada cahaya matahari seperti penyahmasinan air laut.Akhir sekali saya dapat mengetahui contoh penggunaan tenaga solar seperti jam,kalkulator,power bank,periuk solar dan lampu solar.
Seterusnya, apakah penonton dapat lakukan daripada aktiviti SGS .Pada pandangan saya aktiviti yang dapat dilakukan ialah memasak seperti telur ,nasik , ikan dan marshmello mengunakan dapur solar .Aktiviti ini sesuai untuk diadakan ketika waktu perkhemahan kerana dapat melihat kelebihan cahaya matahari terhadap bahan makanan tersebut.Seterunya , ialah pengecas solar yang dapat kita gunakan ketika bateri phone habis .Pengecas solar ini mudah di bawa kemana-mana sahaja dan tahan lasak.Seterunya,kita juga boleh menggunakan kipas solar kerana apabila kita pergi mendaki gunung .kebanyakkan orang akan menggunakan kipas yang sudah dicas dengan penuh ketika berada di rumah dan akan membawanya sekali tetapi kipas tersebut akan mudah kehabisan bateri kerana sering digunakan.Oleh itu, dengan adanya kipas solar akan memudahkan seseorang itu untuk mengikuti program yang melibatkan mendaki gunung.Seterunya, dengan adanya kereta solar saya dapat membuat program seperti perlumbaan kereta solar di sekolah supaya dapat menarik minat pelajar dalam aktiviti solar.Seterusnya, Prinsip dasar di mana teknologi kereta solar menjulang untuk memanfaatkan tenaga cahaya matahari mengubahnya menjadi elektrik. Untuk membuat pengubahsuaian ini, anda biasanya menggunakan sel fotovoltaik (panel solar) yang bertanggungjawab untuk mengubah foton (cahaya) menjadi elektron (elektrik).
Sudah terang lagi bersuluh bahawa kelebihan tenaga solar ialah boleh diperbaharui kerana Tenaga solar adalah cara terbaik untuk mengurangkan jejak karbon dan ia tidak mendatangkan pencemaran alam sekitar. Bukan itu sahaja, tenaga boleh diperbaharui ini tidak melepaskan sebarang gas rumah hijau. Ia hanya memerlukan sumber air bersih untuk berfungsi. Oleh itu, ia selamat dan mesra alam.Seterusnya, Mengurangkan Kos Tenaga Elektrik.Seterusnya, tenaga solar boleh digunakan pada kawasan tanah terbiarTanah terbiar ini sebenarnya dapat dimanfaatkan dengan membangunkan ladang suria. Dengan cara ini, kita tidak perlu menggunakan tanah berharga tinggi yang mungkin lebih sesuai untuk perkara lain.Ladang suria panel digunakan untuk menuai tenaga solar dalam jumlah besar. Daripada tanah dibiarkan lebih baik ia digunakan untuk menjana tenaga solar. Ia bukan sahaja mengurangkan pergantungan terhadap kuasa tradisional tetapi juga dapat menjaga alam sekitar. Sebagai contoh, sebuah ladang suria seluas 45 ekar telah dibina di UK baru-baru ini mampu menguasai 2,500 rumah.
Dengan itu, harapan saya terhadap ahli pengakap pada masa akan datang ialah mereka patut mencuba pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pengakap seperti dapur solar, kereta solar kerana dengan mempelajari fungsi yang semula jadi seperti cahaya matahari dapat memberi ilmu yang baru kepada kita kerana matahari adalah sangat penting dalam kehidupan kita.Oleh itu, jika anda ingin mengetahui lebih lanjut lagi tentang aktiviti pengakap seperti SGS anda boleh pergi ke laman potral rasmi seperti scout.org atau boleh juga pergi ke facebook pengakap supaya anda boleh melihat pelbagai aktiviti yang menarik di situ.