THE FUTURE OF ENERGY SCOUT GO SOLAR
Pada 18/12/2020 sehingga 20/12/2020, saya telah mengikuti seminar scouts go solar yang dianjurkan selama 3 hari secara online di aplikasi Microsoft Teams. Seramai 50-55 orang ahli kelana termasuk beberapa pemimpin menyertai program yang telah dianjurkan ini. Program ini diadakan secara online disebabkan berlakunya gejala Covid-19 membuatkan penganjur mencari alternatif lain bagi menjayakan aktiviti ini. Aktiviti ini memberi banyak manfaat dan ilmu baharu yang boleh diterabkan oleh kelana untuk dipergunakan dalam kehidupan seharian. Untuk pengetahuan semua kami diberikan pendedahan ilmu yang banyak tentang kepentingan matahari yang merupakan sumber kehidupan yang amat penting kerana tenaga solar adalah salah satu sumber tenaga yang boleh diperbaharui.
Sepanjang program ini berlangsung, program ini telah dibahagikan kepada 4 tema iaitu tema 1 topik mengenai ‘Matahari Adalah Sumber Kehidupan’ dan Tema 2 topik mengenai ‘Impak Matahari Pada Kesihatan dan Alam Sekitar’ yang diadakan pada hari pertama bermulanya webinar tersebut. Daripada kedua-dua tema tersebut saya dapat belajar banyak ilmu baharu tentang kegunaan jam matahari. Kita dapat menggunakan kayu yang dipacakkan pada tanah dan melihat bayangan kayu tersebut yang boleh digunakan untuk mengukur masa dengan hanya menggunakan sumber cahaya matahari. Sudah tentu perkara ini amat berguna bagi pengakap di dalam hutan jika terlupa membawa jam atau jam rosak di tengah hutan, kami dapat mempraktikkan jam matahari.
Pada tema kedua, kami banyak didedahkan akan impak matahari terhadap kesihatan tubuh badan kita dan alam sekitar. Walaupun matahari banyak memberi kebaikan kepada kita seperti menjimatkan kos, tidak memerlukan bahan api dan paling penting tidak mencemarkan alam sekitar, tetapi jika kita terdedah pada sinaran matahari secara berlebihan ia boleh menyebabkan strok haba dan juga dehidrasi. Sinaran ultraviolet atau lebih dikenali sebagai sinaran UV yang merupakan sejenis radiasi elektromegnat yang boleh mengakibatkan kesan negative kepada tubuh manusia dan alam sekitar. Daripada maklumat ini saya dapat mengetahui bahawa berjemur terlalu lama tanpa sebarang perlindung seperti sunblock adalah amat berbahaya untuk tubuh badan kita.
Seterusnya pada tema 3 yang bertopik ‘Kegunaan Tenaga Solar’ dan tema 4 iaitu topik ‘Go Solar!’. Daripada kedua-dua topik ini saya dapat belajar tentang apa kegunaan sebenar tenaga solar. Untuk makluman, tenaga solar di Malaysia di jana menggunakan teknologi fotovoltaik yang diaplikasikan pada projek ladang solar dan bangunan-bangunan. Panel fotovoltaik mempunyai jangka masa 30 tahun pengeluaran tenaga berterusan. Kami juga didedahkan tentang solar suitbox case yang merupakan ruang penyimpanan tenaga solar untuk kegunaan semasa darurat. Scouts Go Solar amatlah bermanfaat untuk ahli pengakap kerana ia bukan sahaja sumber tenaga yang percuma dan boleh diperbaharui tetapi ia juga dapat digunakan oleh ahli pengakap semasa menjalankan aktiviti di hutan seperti menggunakan copenhagen periuk solar, kipas solar dan tidak dilupakan juga lampu botol solar.
Di akhir kata, harapan saya agar lebih ramai lagi ahli pengakap sedar akan kelebihan dan kepentingan aktiviti-aktiviti sebegini untuk di pelajari dan dipraktikkan dalam kehidupan bagi memastikan tiada berlakunya pembaziran sumber dan kerosakan alam sekitar. Daripada aktiviti sebeginilah kita dapat membina sifat kepimpinan dan tanggungjawab dalam kalangan ahli pengakap. Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan telegram ‘KLKM SCOUT GO SOLAR CHALLENGE’.