THE FUTURE OF ENERGY SCOUT GO SOLAR

LAPORAN EARTH TRIBE SCOUT GO SOLAR 
    
    Pada 18/12/2020 sehingga 20/12/2020 saya telah mengikuti satu webinar yang diberi nama The Future of Energy: Scout Go Solar. Pada hari pertama iaitu pada 18/12/2020 iaitu pada hari Rabu yang bermula pada jam 8.30 malam hingga 10 malam. Webinar pertama ini telah disampaikan oleh Miss Nor Azlin Mat Nor. Beliau merupakan penolong pemimpin pasukan pengakap kelana B – Blackflurry Pasir Mas Kelantan. Beliau menyampaikan ceramah yang bertajuk Pengenalan Scout Go Solar. Beliau memperkenalkan modul pelaksanaan Scout Go Solar yang digunakan dalam pelaksanaan aktiviti. Cara mendapatkan lencana SGS turut dimaklumkan dan kriteria yang diperlukan bagi mendapatkan lencana SGS. Antara kriteria yang diperlukan seorang kelana ialah komited, konsisten dan kreatif. Aspek keselamatan yang diperlukan  dalam aktiviti ini ialah kelana wajib memakai spek mata hitam atau sunglass sepanjang aktiviti dilaksanakan. Ini bertindak bagi melindungi mata kerana aktiviti SGS ini banyak terdedah kepada cahaya matahari. Terdapat beberapa Kelebihan dan kekurangan menggunakan Tenaga Solar. Kelebihannya yang pertama ialah matahari merupakan sumber yang boleh diperbaharui dan ia tidak mencemarkan alam sekitar manakala keburukan tenaga solar ialah memerlukan ruang yang besar semasa aktiviti dijalankan dan bergantung sepenuhnya kepada cahaya matahari. Tema 1 banyak mengajar saya tentang kepentingan matahari khusunya kepada benda hidup dan matahari sangat penting bagi pelaksanaan aktiviti Scout Go Solar.
    Pada hari yang sama, Selepas tamat sesi Tema 1 sesi ini diteruskan lagi dengan Tema 2 yang bertajuk Impak Matahari pada Kesihatan dan Alam Sekitar yang disampaikan oleh Tuan Zahiran Hamzah. Melalui webinar di tema 2 ini saya mendapat ilmu pengetahuan baharu mengenai Hari Ozon Antarabangsa disambut pada 16 Sepetember pada setiap tahun di seluruh dunia. Pada hari ini juga merupakan Hari Malaysia yang merupakan hari cuti umum bagi rakyat Malaysia. Beliau juga ada menjelaskan kesan kemusnahan lapisan ozon akan menyebabkan manusia terdedah kepada penyakit kulit, sostem keimunan rendah, hasil pertanian musnah dan banyak lagi. Di samping impak buruk matahari kepada manusia terdapat juga kesan baik matahari kepada manusia. Matahari merupakan sumber Vitamin D yang semula jadi. Banyak impak buruk matahariui kepada manusia yang agak berbahaya kepada manusia contohnya terkena strok haba kerana peningkatan suhu badan yang mendadak. Saya juga mempelajari Langkah Langkah untuk mengatasi kesan rumah hijau ialah berkongsi kereta bagi mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida, mengehadkan aktiviti pembalakan hutan bagi melindungi habitat haiwan liar dan menanam pokok .
    Pada hari kedua iaitu pada 19 Disember 2020, ceramah ini disampaikan oleh Prof Madya Ts Dr Haji Mustafa bin Haji Ibrahim. Beliau menyampaikan ceramah yang bertajuk kegunaan solar. Saya dapat mengetahui bahawa Malaysia menggunakan panel fotolvotaik yang diaplikasikan di padang solar. Untuk pengetahuan, pabnel fotolvotaik ini mempunyai jangka masa 30 tahun pengeluaran tenaga secara berterusan. Kami juga didedahkan tentang suitbox solar case yang merupakan ruang penyimpanan tenaga utuk kegunaan semasa keadaan darurat.
    Pada hari ketiga iaitu hari terakhir webinar The Future Scout Go Solar yang berlansung di Microsoft Team pada 20 Disember 2020. Tema 4 ini bertajuk Go Solar! Yang disampaikan oleh Miss Lau Hooi Lin. Beliau merupakan ambassador atau duta Malaysia Scout Go Solar. Beliau berkongsi pengalaman beliau mengikuti Scout Go Solar sepanjang beliau bergiat aktif dalam tempoh masa yang singkat. Beliau ada menjelaskan bahwa projek komuniti wajib disertai oleh pengakap kumpulan ini. Dari topik ini saya dapat mengetahui bahawa pelbagai aktiviti yang menarik yang dilakukan secara dalam kumpulan. 


 

Started Ended
Number of participants
1
Service hours
72
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF

Share via

Share