Feed The Homeless
Pada 7 September 2019 30 orang pelajar dan 1 staf daripada DRB-HICOM UNIVERSITY bersama-sama 10 ahli KINDNESS MALAYSIA telah mengadakan program "Feed The Homeless" dimana mahasiswa dan mahasiswi memberi barang keperluan dan makanan kering. Sebagai contoh, ubat gigi, berus gigi, pengetip kuku dan sikat rambut. Makanan kering seperti biskut dan roti gardenia diberi supaya penerima dapat menyimpan makanan lebih lama berbanding makanan yang berat. Kami diberitahu bahawa mereka sudah memunyai jadual makan mereka sendiri jadi jika kami memberi makanan berat juga ini akan menyebabkan makanan yang berlebihan dan pembaziran. Semasa program kami tidak dibenarkan untuk merakam atau menagkap gambar hanya orang tertentu sahaja boleh ini bertujuan untuk menjaga privasi gelandangan. Pada hujung program acara disempurnakan oleh Dr aizuddin iaitu staff DRB-HICOM UNIVERSITY dan pemberian cenderahati kepada pihak KINDNESS MALAYSIA oleh ketua projek.