XPDC MALAR BIRU 2018
Program Kayak Ekspedisi Malar Biru 2018 yang disertai oleh :
10 orang pemimpin
12 orang ahli pengakap kelana Daerah Pontian
2 orang ahli pengakap kelana Daerah Johor Bahru
5 orang jurulatih
Program ini adalah bersifat santai dan secara tidak langsung mendedahkan kepada ahli pengakap kelana berkaitan keselamatan ketika berada di dalam air. Disamping itu, program ini melayakkan peserta untuk mendapatkan lencana ekspedisi iaitu salah satu lencana wajib yang diperlukan bagi memperoleh BPA.
Pergerakan peserta dan pemimpin sentiasa diawasi oleh jurulatih sepanjang aktiviti kayak dijalankan.