WE ARE MALAYSIAN SCOUT (SMK LOKMAN HAKIM)

WE ARE MALAYSIAN SCOUT (SMK LOKMAN HAKIM)

LH SURVIVOR Berkumpul di padang sekolah SMK Lokman Hakim.Pada pukul 3:21 p.m. kami bergerak ke checkpoint 5 terlebih dahulu iaitu di Paya Biru Lok Heng Selatan.Jarak perjalanan ke Paya Biru beranggaran 2 km.Apabila sampai di sana,patrol saya diberi rehat sebentar dan diteruskan dengan sesi bergambar.Selepas itu,kami diberi tugas untuk menggoreng ubi kayu yang telah direbus serta diberi masa selama 15 minit sahaja.Ubi yang telah siap digoreng perlu dimakan bersama-sama ahli patrol.Selepas itu,kami mengemas alatan menggoreng itu tadi dan pelajar lelaki diberi arahan untuk turun ke Paya Biru dan mengambil wuduk bagi menunaikan solat asar berjemaah.Selesai solat,kami berkumpul dan berbaris mengikut patrol masing-masing.Kemudian,kami mendengar arahan daripada fasilitator dalam pembahagian kumpulan untuk ke checkpoint-checkpoint yang berbeza.Patrol kami berada dalam kumpulan yang bermula dengan checkpoint 4,1,2, dan 3.Akhir sekali,apabila kami sudah selesaikan setiap checkpoint,kami pulang ke sekolah dan berkumpul di padang.
Started Ended
Number of participants
1
Service hours
9
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share