[The Wash Project: Update 9] TEKAD YANG TEGUH
Nama Kumpulan : Young Griffin’s
Program : Cubaan masuk Kali Ke-2
Peserta : 6 Ahli
Tempat : Hutan Lipur Air Terjun Jerangkang
Link Project scout.org : https://www.scout.org/user/2101211
Setelah percubaan pertama kami gagal,Persiapan yang rapi dan kemas telah diatur kami sepasukan.Bahan muatan kami ditukarkan kepada batu kerikil bagi persiapan sekiranya jalan masih berlopak. Batu kerikil bertujuan untuk dicurahkan kedalam lopak bagi memudahkan lori untuk melaluinya.
Setelah 40 minit perjalanan jangkaan kami tidak salah,Jalan utama menuju ketapak pembinaan masih berlopak. Kami menggunakan batu kerikil untuk diturapkan didalam lopakan air tersebut dan ia membuahkan hasiil,Lori kami berjaya meneruskan perjalanan ke tapak pembinaan
Setibanya ditapak pembinaan, operasi pembersihan dilakukan termasuklah menebang pokok mati yang melintangi jalan,membuang sampah sarap serta menebas lalang disekitar tapak pembinaan.
#SWAward
#SWAPENGAKAPMALAYSIA
#THEWASHPROJECT