[The Wash Project: Update 7] Membeli Belah Di Gudang
NAMA KUMPULAN : YOUNG GRIFFIN
ACARA : MEMBELI BAHAN BINAAN
PENGLIBATAN : 6 ORANG AHLI
MASA : 10.00PM HINGGA 6.00PM
TARIKH : 30 SEPTEMBER 2018
TEMPAT : TAMAN TAS KUANTAN PAHANG MALAYSIA
Setelah tinjauan dan pemerhatian dibuat, maka tibalah masa nya untuk kami membeli belah barangan yang telah tersenarai. Belian pertama ini kami hanya memperuntukan separuh sahaja dahulu kerana pada masa dan ketika itu, sumber kewangan projek masih lagi belum mencukupi untuk membeli barangan keseluruhan projek. Kami memilih barangan yang perlu dan penting untuk digunakan dengan segera sahaja dahulu.
Hal ini memerlukan kepakaran dan pengalaman dalam menganggar barangan yang dikehendaki dan perlu itu. Hali ini kerana lokasi dan fizikal tapak projek agak jauh dan rumit. Oleh itu keputusan haruslah dibuat dengan jelas dan tepat. Tidak kesemua barangan kami bercadang untuk membeli, kerana kami mempunyai perancangan yang dimana barangan yang boleh dikitar semula atau diguna pakai di sekitar kawasan tapak projek digunakan kembali. Hal ini dapat menjimat kan perbelanjaan projek dan sekali gus dapat merangkumi satu lagi unsur SDG.
#SWAward
#SWAPengakapMalaysia
#TheWASHProject