[THE WASH PROJECT : UPDATE 5] Collecting Team Information and Data
Nama Kumpulan : Young Griffin’s
Program : Mengumpul Maklumat dan Data setiap ahli kumpulan.
Peserta : 1 Ahli
Setelah menyediakan kertas kerja bagi sponsor dan sumbangan, saya sebagai setiausaha projek ini diamanahkan untuk mengumpul maklumat dan data setiap ahli kumpulan sebagai sumber rujukan untuk membuat laporan dan bagi memudahkan proses mengisi maklumat dalam borang-borang penting. Selain itu, setiap data dan maklumat serta profil mereka, akan difailkan supaya mudah digunakan dan lebih tersusun/teratur. Segala data dan maklumat yang dikumpul telah disimpan dalam bentuk softcopy supaya lebih sistematik. Data yang dikumpul juga bagi memudahkan mengisi borang pencalonan projek SWA kami.