[The Wash Project: Update 3] Melangkah Lebih Dalam
21 JULAI 2018 ( SABTU )
Merupakan Hari Yang Penting Dimana, Hari inilah memperlihatkan gerak kerja dan semangat kerjasama dari setiap ahli pasukan. Perjumpaan kali ketiga ini yang membincangkan hal berkenaan hala tuju dan gerak kerja setiap ahli kumpulan setelah diberi mandat dan tugasan pada perjumpaan yang lepas. Perjumpaan yang berlangsung di Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pahang ini dihadiri oleh kesemua 11 orang ahli pasukan yang rata rata nya bersemangat dalam menjalankan tugasan masing masing.
Perjumpaan yang diadakan pada hari sabtu bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang ini telah menyaksikan beberapa perbahasan dan perbentangan mengenai Belanjawan Projek, Merangka Kertas Kerja, Lakaran Pelan Binaan Projek, Dan beberapa lagi isu isu penting yang sempat dibahas dan dibentangkan di dalam perjumpaan tersebut.
Perjumpaan ini menjadi titik tolak kepada gerak kerja projek kerana segala gerak kerja ini memerlukan kerjasama dan sokongan dari semua ahli pasukan yang terlibat. Bak kata pepatah orang dahulu “Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing”.