[The Wash Project: Update 2] Lontaran Idea Dan Kata Sepakat
30 JUN 2018 ( SABTU ) - Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pahang Bangunan PKNP Jalan Besar Kuantan, Pahang Malaysia
Setelah diberi masa selama seminggu kepada setiap ahli kumpulan untuk masing masing memikirkan idea dan kajian tentang cadangan mereka. Maka terjadilah perjumpaan yang kedua seperti yang di janjikan sebelum ini. Perjumpaan yang dimana memerlukan setiap dari kami melontarkan pandangan dan juga idea yang telah dikaji dari pelbagai aspek untuk dijadikan idea pilihan dan meraih kata sepakat dari setiap kumpulan.
Setelah perbahasan dan perbincangan berjalan selama hampir satu hari, bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Maka terhasil lah satu kata sepakat dan keputusan ramai untuk memilih sebuah idea yang digabungkan dari idea idea setiap ahli. Dengan pengalaman serta latar belakang setiap ahli dan kajian yang dibuat keatas idea tersebut, membuatkan kami bersepakat untuk membuat pilihan.
“THE WASH PROJECT” adalah nama timbangan yang kami pilih untuk projek ini. Hal ini dilihat dari sudut kesesuaian nama tersebut dengan objektif dan misi projek. Projek ini adalah bertemakan pembangunan komuniti, yang mana dapat dilihat perancangan untuk membangun sebuah kemudahan asas awam untuk para pengunjung dan penduduk sekitar di kawasan tersebut. Kawasan yang terletak di Daerah Maran, Pahang , Malaysia ini merupakan sebuah pusat pelancongan yang baru diterokai dan menjadi tumpuan bagi penggemar sukan sukan lasak ekstrem. Kawasan ini juga merupakan kawasan pelancongan yang cukup terkenal di negeri Pahang ini. Bersesuaian lah dengan objektif dan misi kami dalam memberi kesan atau impak yang positif kepada orang ramai secara am nya. Kawasan yang diberi nama “Taman Eko Rimba Hutan Lipur Air Terjun Jerangkang” ini bakal menjadi saksi dalam usaha kami meneruskan matlamat kea rah mencapai anugerah pengakap dunia “Scout of the World Award”.
Dalam Perbincangan ini juga kami telah menegas kan dan membuat pembahagian tugas kepada setiap ahli kumpulan agar gerak kerja kea rah matlamat mencapai anugerah pengakap dunia ini tidak lah diambil mudah oleh setiap ahli kumpulan. Semangat sepasukan dan kerjasama harus dibentuk agar segala perancangan dan gerak kerja dapat dijalankan dengan lancar dan mudah. Hal ini disambut baik oleh setiap ahli dengan laungan semangat dan iktizam yang membara dalam tekad dan usaha untuk mencapai matlamat dan tujuan yang sama.