Warna Warni Kedamaian Program Jelajah Keamanan Kelana Sabah Bersatu 2019

Warna Warni Kedamaian Program Jelajah Keamanan Kelana Sabah Bersatu 2019

Pada tahun 2019, iaitu 23 september hingga 27 september Pasukan Pengakap Kelana B’ (Banzai Rovers), Kinabatangan telah melaksanakan program Jelajah Keamanan Kelana Sabah Bersatu sempena Sambutan Bulan Keamanan. Program ini turut di bantu oleh dua pasukan kelana kinabatangan iaitu Arkana Rovers dan Delta rovers sebagai petugas serta peserta dalam program ini. Para pemimpin, pengakap kanak-kanak serta pengakap khas turut serta terlibat dalam Jelajah Keamanan ini.


Tujuan utama dalam program ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara kelana,para pemimpin serta pengakap-pengakap yg ada di daerah kinabatangan sabah. Selain itu, program ini turut di laksanakan sempena bulan keamanan pda bulan september setiap tahun “massenger of peace”. Di seluruh dunia.


Program Jelajah Keamanan ini di laksanakan pada 23 september hingga 27 september 2019, yang berlangsung selama 5 hari.. Penganjur program ini iaitu Banzai rovers memilih tarikh tersebut kerana memudahkan para peserta Massenger of Peace melaksanakan program ini kerana hari tersebut adalah hari persekolahan. Hal yang demikian, pihak penganjur juga memilih tarikh tersebut bagi memudahkan program ini berjalan dengan mudah kerana program ini dilaksanakan di waktu persekolahan.


Pada 23 september program ini berlangsung di sk Jaya Baru, 24 september di Sk Bukit Garam 2, 26 september di sk Singgah Manis dan pada 27 september iaitu pada hari jumaat, program ini di jalankan di Sk Kuala Suan Lamba dan Sk Kampung Suan Lamba. Program ini hanya berlaku di sekitar kawasan sekolah.


Seramai 174 orang yang telah terlibat bagi menjayakan program Jelajah Keamanan Kelana Bersatu termasuk petugas, pemimpin serta peserta massenger of peace ini. Kelana-kelana kinabatangan serta pemimpin sukarela dalam menjalankan program ini kerana ingin mendapatkan lencana messenger of peace manakala peserta-peserta di setiap sekolah di pilih oleh pemimpin kumpulan di sekolah masing-masing.


Semasa program Jelajah Keamanan ini berlangsung, aktiviti yang dijalankan adalah seperti membuat panji keamanan (rovers), pertandingan kolaj keamanan, pertandingan kolaj keamanan, pertandingan mewarna poster keamanan, pertandingan membuat kad ucapan keamanan dan membersihkan kawasan sekolah serta mengumpul botol-botol yang terpakai. segala bahan- bahan yang diperlukan di sediakan oleh pihak penganjur.


Kesimpulannya, Program Jelajah Keamanan ini memberi impak yang positif kepada seluruh ahli pengakap yang berada dalam daerah kinabatangan ini, kelana, pemimpin mahupun kumpulan-kumpulan pengakap yang berada dalam daerah kinabatangan. Hal yang demikian, hubungan silaturahim antara mereka menjadi lebih baik, mesra serta erat sesama mereka.

Started Ended
Number of participants
174
Service hours
6264
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Partnerships
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share