Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Sandau

Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Sandau

Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Sandau 2019 yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah tersebut . Kem ini telah di sertai oleh 4 unit beruniform iaitu Pengakap , Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) , Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) , Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) . Kem ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam ini penuh dengan banyak aktiviti yang padat seperti kawad kaki , masakan rimba , dan malam burung hantu . Selain itu , terdapat 10 jenis halangan yang agak sukar untuk di lakukan oleh para peserta . Seramai 118 orang peserta yang terdiri daripada 4 unit beruniform . Pihak sekolah juga telah menyediakan beberapa slot aktiviti lasak yang dikendalikan oleh pengakap kelana Kinabatangan seramai 10 orang yang terdiri daripada Banzai Rovers , Delta Rovers , dan Arkana Rovers yang berkhidmat untuk memantau dan menguji ketahanan fizikal peserta . Perkhemahan ini diadakan untuk bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan para pelajar di sekolah rendah dan dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara guru dan para kelana Kinabatangan .
Started Ended
Number of participants
156
Service hours
3744
Location
Malaysia
Topics
Personal safety

Share via

Share