Ultra Protect Face Shield
Ketika area kemajuan negara pesat membangun satu ujian yang tanpa disangka muncul sehingga membuatkan seluruh dunia berdukacita dan lumpuh buat seketika.Seluruh dunia digemparkan dengan virus yang muncul di penghujung 2019 iaitu Covid-19.
Pada awalnya virus Covid-19 mula merebak di wuhan,China sehingga menyebabkan daerah itu lumpuh.Tanpa disangka virus tersebut mula merebak ke seluruh dunia perlahan lahan menyebabkan angka pesakit positif seluruh negara meningkat dengan drastik.Virus ini mampu merebak secara sentuhan dan batuk daripada pesakit.
Ketika berhadapan dengan pesakit yang positif atau mempunyai sindrom Covid-19 kita diggalakkan untuk memakai Personal Proctective Equipment (PPE).Perlindung muka atau lebih dikenali Face Shield merupakan items yang sangat penting bagi menanggani virus ini daripada terus merebak.Kian hari yang membimbangkan ialah Face Shield yang dierlukan oleh barisan hadapan kian berkurang.
Maka dari situ terwujudlah inisiatif kami Pasukan Pengakap Kelana B-Blackflurry Pasir Mas seramai 20 orang termasuk saya mengambil inisiatif bagi meringankan beban mereka mencipta Face Shield secara DIY.Tambahan pula,penciptaannya sangat lah senang bahan yang diperlukan hanyalah plastic cover saiz A4,Glue Gun,Span,Cotton Tape dan beberapa alatan kelengkapan seperti single punch dan gunting.
Segala yang kami dapat merupakan sumbangan daripada orang ramai secara bahan atau wang ringgit,bagaimana kami mendapatkan sumbangan tersebut? Jawapan kami ialah kai mempromosikan di dalam media social dan kami mendapat komen yang positif daripda rakyat Malaysia.
Yang lagi mengejutkan ialah target awal kami ialah 1,000 unit sahaja tapi siapa sangka dengan kudrat kami semua jumlah yang kami mampu hasilkan ialah 10,000 unit.
Apabila telah selesai Face Shield akan di packing kemudian akan diagihkan ke hospital dan klinik kesihatan secara berperingkat supaya arahan yang dikeluarkan pihak kerajaan dipatuhi iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Untuk makluman,projek ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu di base dan rumah.saya merupakan kumpulan kedua,penciptaan di rumah.Segala barangan akan saya pickup di base kemudian dibawa pulang ke rumah.Sekiranya sudah siap Face Shield tersebut akan dikumpulkan di base dan saya akan mengambil bahan seterusnya untuk menyiapkan Face Shield seterusnya.